3.2 MENGESAN TUGASAN SOALAN
A. MENGENAL TEMA DAN ARAH SOALAN
Soalan 1 :
Konsep Sekolah
Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan
guru dan murid.
Jelaskan
cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
TEMA
|
Menghargai kasih
sayang guru
|
ARAH
|
Cara-cara [saya
menghargai]
|
Aspek Kbat
|
Menjelaskan bagaimana
budaya kemesraan dan sayang menyayangi
|
Soalan 2
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan bagi
memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam keluarga mereka.
TEMA
|
Amalan membaca
|
ARAH
|
Usaha-usaha
|
Aspek Kbat
|
i.Menjelaskan
bagaimana ibu bapa boleh menjadi pendorong
ii. Menjelaskan bentuk
budaya membaca dalam keluarga
|
Soalan 3
Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian
tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap
remaja.
Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang
menjadi idaman anda.
TEMA
|
Pusat pengajian tinggi
idaman
|
ARAH
|
Ciri-ciri
|
Aspek Kbat
|
i. Menjelaskan secara terperinci konsep idaman
ii. Menjelaskan
mengapa menjadi idaman
|
Soalan 4
Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan
aset yang mesti dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan
dan tatapan generasi akan datang.
Sarankan langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
TEMA
|
Peninggalan sejarah
negara
|
ARAH
|
Langkah-langlah
memulihara
|
Aspek Kbat
|
i. Menjelaskan
bagaimana peninggalan sejarah dapat dijadikan rujukan dan tatapan generasi
akan dating
|
Soalan 5
Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang
utama dalam membina keluarga bahagia.
Huraikan peranan ahli keluarga dalam
merealisasikan institusi keluarga bahagia.
TEMA
|
Keluarga bahagia
|
ARAH
|
Peranan ahli keluarga
|
Aspek Kbat
|
i. Memperinci siapa ahli keluarga
ii. Menjelaskan
bagaimana dapat direalisasi melalui usaha/ peranan
iii. Jelaskan konsep
keluarga bahagia
|
Soalan 6
Remaja kini berdepan dengan tekanan dalam usaha
memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan
ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan
untuk menangani tekanan.
TEMA
|
Menangani tekanan
|
ARAH
|
Usaha-usaha[ saya]
|
Aspek Kbat
|
i. Menjelaskan tekanan yang dihadapi
ii. Menjelaskan
tindakan yang tidak sesuai yang diambil oleh pelajar
iii. Menjelaskan
keinginan ibu bapa dan guru
|
Soalan 7
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang
terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu
dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
FORMAT
|
Rencana
|
TEMA
|
Industri pelancongan
|
ARAH
|
Peranan pelbagai pihak
memajukan pelancongan Negara
|
Aspek Kbat
|
i. Menjelaskan
sumbangan industi pelancongan
- sumber pendapatan
rakyat/ Negara
- peluang pekerjaan
ii. Bagaimana peranan
tadi dapat menyumbang kemajuan pelancongan
|
Soalan 8
Amalan berjimat cermat perlu disuburkan dalam kalangan masyarakat untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa
ini.
Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai
pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.
FORMAT
|
Rencana
|
TEMA
|
Amalan berjimat cermat
|
ARAH
|
Peranan pelbagai pihak
|
Aspek Kbat
|
i. Menjelaskan bentuk
amalan jimat cermat
ii. Jelaskan bentuk
krisis ekonomi
- Perbelanjaan meningkat
- Harga barangan tinggi
- Tambang pengangkutan awam meningkat
|