FORMULA RASSPERI UNTUK MENULIS BAHAGIAN KESIMPULAN

Akronim
Penjelasan
RA
Rangsangan
S
Semoga (Harapan)
S
Sememangnya(Pandangan)
PE
Peribahasa
RI
Ramalan & Impian

FORMULA TISU BAHAS UNTUK MENULIS PERENGGAN ISI

Akronim
Penjelasan
TI
Tugasan & Idea
SU
Subjek idea
BA
Bagaimana
H
Huraian
A
Amsal / contoh
S
Simpul kecil

FORMULA RATPUT UNTUK MENULIS PENDAHULUAN

1
RA
Ayat Rangsangan
Ayat rangsangan 
2
T
Ayat Tema
Ayat yang menjelaskan maksud tema
3
P
Peribahasa
Peribahasa sebagai pengukuh tema
4
U
Umpama / contoh
Contoh berunsurkan maklumat
5
T  (i)
Tugasan
Ayat tugasan soalan
6
T  (ii)
Tanya
Ayat Tanya (mengapa/bagaimana/siapa)

Jawapan


4.5 APLIKASI TMP POTENSI

Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang.
Huraikan langkah-langkah yang  boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak.
TEMA    : Semangat kejiranan

ARAH    : Langkah-langkah [ ibu bapa ]

 Mayapada, isu semangat kejiranan kerap menjadi bualan dalam kalangan masyarakat di negara ini.(AH=Apa).Dari segi konsepsinya,  semangat kejiranan ialah sifat yang perlu ada dalam kalangan jiran seperti bantu-membantu, bertegur sapa dan hormat-menghormati.(AH)Persoalannya, apakah langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak.(AC)Sebagai contoh,amalan  gotong-royong merupakan amalan yang wajib dilakukan oleh jiran tetangga.(AA)Oleh itu,  langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan akan dihuraikan secara terperinci.
Langkah seterusnya yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan ialah didikan oleh ibu bapa sejak kecil.(AH) Di samping ituibu bapa boleh mengajar anak mereka berbuat baik dengan jiran tetangga.(AH)Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain  putih dan ibu bapa pencoraknya.(AC)Sebagai contoh bapa boleh meminta anak mereka menghantarkan makanan atau oleh-oleh ke rumah jiran.(AS)Oleh itu  (ISI +ARAH + TEMA) didikan ibu bapa sejak kecil merupakan usaha memupuk amalan kejiranan.

Selain itu, langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan ialah ibu bapa perlu menggalakkan anak terlibat dengan kempen kejiranan (AH) Di samping itu kempen pemupukan semangat kejiranan yang diadakan dapat menyemai rasa sayang akan jiran tetangga.(AH)Hal ini demikian kerana kempen yang diadakan dapat menjadikan anak-anak mengenali erti hormat-menghormati. AC)Sebagai contoh kempen Jiran Sepakat Membawa Berkat diadakan di setiap taman perumahan.(AS) Oleh itu  (ISI +ARAH + TEMA) kempen yang disertai oleh anggota keluarga mampu memupuk amalan kejiranan dalam diri anak-anak.
            Akhirul kalam, . isu semangat kejiranan kerap menjadi bualan dalam kalangan masyarakat di negara ini.(Harapan)Semoga semangat kejiranan yang tersemai dapat memacu kemajuan Malaysia pada masa akan datang(Pandangan)Sememangnya  masyarakat Malaysia tidak menyedari akan kepentingan jiran dalam kehidupan mereka.(Cadangan)Oleh itu kita perlu bersinergi dengan semua pihak untuk memperkasakan semangat kejiranan dalam diri kita.Sekiranya rakyat Malaysia menghargai jiran maka hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 1 Malaysia akan tercapai.









........................................................................................................................................................................

PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TMP



JAWAPAN MUKA SURAT 12,13,14 & 16

3.2 MENGESAN TUGASAN SOALAN

A. MENGENAL TEMA DAN ARAH SOALAN
Soalan 1 :
Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

TEMA    
Menghargai kasih sayang guru
ARAH    
Cara-cara [saya menghargai]
Aspek Kbat
Menjelaskan bagaimana budaya kemesraan dan sayang menyayangi 
Soalan 2
Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam keluarga mereka.

TEMA    
Amalan membaca
ARAH    
Usaha-usaha
Aspek Kbat
i.Menjelaskan bagaimana ibu bapa boleh menjadi pendorong
ii. Menjelaskan bentuk budaya membaca dalam keluarga

Soalan 3
Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.



TEMA    
Pusat pengajian tinggi idaman
ARAH    
Ciri-ciri
Aspek Kbat
i.  Menjelaskan secara terperinci konsep idaman
ii. Menjelaskan mengapa menjadi idaman






Soalan 4
Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang mesti dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.

Sarankan langkah-langkah memulihara  peninggalan sejarah negara.

TEMA    
Peninggalan sejarah negara
ARAH    
Langkah-langlah memulihara
Aspek Kbat
i. Menjelaskan bagaimana peninggalan sejarah dapat dijadikan rujukan dan tatapan generasi akan dating

Soalan 5
Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

TEMA    
Keluarga bahagia
ARAH    
Peranan ahli keluarga
Aspek Kbat
i.    Memperinci siapa ahli keluarga
ii. Menjelaskan bagaimana dapat direalisasi melalui usaha/ peranan
iii. Jelaskan konsep keluarga bahagia
Soalan 6
Remaja kini berdepan dengan tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan  ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.



TEMA    
Menangani tekanan
ARAH    
Usaha-usaha[ saya]
Aspek Kbat
i.  Menjelaskan tekanan yang dihadapi
ii. Menjelaskan tindakan yang tidak sesuai yang diambil oleh pelajar
iii. Menjelaskan keinginan ibu bapa dan guru




Soalan 7
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

FORMAT    
Rencana

TEMA    
Industri pelancongan
ARAH    
Peranan pelbagai pihak memajukan pelancongan Negara
Aspek Kbat
i. Menjelaskan sumbangan industi pelancongan
- sumber pendapatan rakyat/ Negara
- peluang pekerjaan
ii. Bagaimana peranan tadi dapat menyumbang kemajuan pelancongan
Soalan 8

Amalan berjimat cermat perlu disuburkan  dalam kalangan masyarakat  untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.

Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak  untuk  mewujudkan amalan berjimat cermat.
FORMAT    
Rencana

TEMA    
Amalan berjimat cermat
ARAH    
Peranan pelbagai pihak
Aspek Kbat
i. Menjelaskan bentuk amalan jimat cermat
ii. Jelaskan bentuk krisis ekonomi
-       Perbelanjaan meningkat
-       Harga barangan tinggi
-       Tambang pengangkutan awam meningkat