TEMA RAMALAN JUJ 2011


TEMA RAMALAN 2011:

            1. GEJALA BULI
            2. RANCANGAN REALITI
            3. SEMANGAT KEJIRANAN
            4. TABUNGAN KELUARGA
            5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
            6. ISU PENGANGKUTAN AWAM
            7. ISU PEKERJA ASING
            8. ISU LUMBA HARAM
            9. BANGUNAN BERSEJARAH
          10. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN
                KESIHATAN)
          11. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
          12. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA
          13. ULASAN DRAMA KOMSAS
          14. PERPADUAN / SATU MALAYSIA
          15. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA
          16. PEMERDAGANGAN ORANG
          17. POLISI SEKOLAH SELAMAT
          18. AMALAN MEMBACA
          19. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA
          20. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI
          21. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL

TEMA POPULAR 2010

1.  Tema   :  Semangat Kejiranan
     Arah    :  Langkah

2.  Tema   :  Gaya Hidup Sihat
     Arah    :  Peranan ibu bapa

3.  Tema   :  Disiplin
     Arah    :  Peranan ibu bapa

4.  Tema   :  Hubungan Kasih Sayang
     Arah    :  Peranan ibu bapa

5.  Tema   :  Riadah dan Rekreasi
      Arah   :  Kebaikan

6.  Tema   :   Kehilangan Kanak-kanak
     Arah    :   Langkah mengatasi

7.  Tema   :   Keselamatan Kanak-kanak
     Arah    :   Peranan sekolah, ibu bapa dan masyarakat

8.  Tema   :   Bangunan Bersejarah
     Arah    :   Kepentingan menjaga dan Langkah memulihara

9.  Tema   :   Gejala Sosial / Lumba Haram
     Arah    :   Langkah-langkah mengatasi

10. Tema  :   Polisi Sekolah Selamat
      Arah   :   Usaha pihak sekolah

11. Tema  :   Jenayah Antarabangsa
       Arah  :   Kerjasama antara negara (Langkah)

12. Tema  :  Tabungan
      Arah   :   Faedah dan Usaha

13. Tema  :   Pelancongan (Inap Desa)
       Arah  :   Langkah-langkah meningkatkan

14. Tema  :   Penyakit Berjangkit
      Arah   :   Bentuk kerjasama antara negara (Langkah mengatasi)

15. Tema  :   Pengangkutan Awam
      Arah   :   Langkah memperkasa / Kepentingan

16. Tema  :   Membaca
      Arah   :   Cara menggalakkkan

17.  Tema :   Alat Komunikasi (Telefon Bimbit, Internet)
       Arah  :   Kesan

18. Tema  :   Perpaduan Kaum
      Arah   :   Peranan keluarga meningkatkan perpaduan kaum

19. Tema  :   Industri Kraftangan
       Arah  :   Langkah-langkah memperkasakan

20. Tema  :   Rancangan Televisyen Realiti
      Arah   :   Usaha ibu bapa mengawal kecenderungan menonton rancangan televisyen realiti 

SOALAN JUJ 2010 SET 1 (Bahagian B)


Bahagian B

[Masa dicadangkan :  1 jam 30 minit]

[100 markah]


Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.


1          Rakan sebaya berperanan menjana kecemerlangan  pelajar.

Bincangkan.


2          Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat . Oleh itu, generasi  kini perlu dididik untuk menceburi bidang sukan.
           
            Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bersukan.


3          Sektor pelancongan mampu memacu  pertumbuhan ekonomi negara.

Tulis   sebuah   rencana    tentang   langkah-langkah   yang  boleh diambil   oleh                   pelbagai pihak untuk memajukan sektor tersebut.

.

4          Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting.

            Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik.



5          Masyarakat  Melayu sering menggunakan peribahasa sediakan payung sebelum hujan untuk memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja  agar sentiasa bersiap sedia.

Tuliskan kepentingan peribahasa ini kepada masyarakat.



KERTAS SOALAN TAMAT

Koleksi Frasa Menarik

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa ini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani
-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Sumber : guru blog Bahasa Melayu

Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM


Bahagian A - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan  [30 markah]
            (i)         Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan yang terdiri daripada gambar                                 tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.
            (ii)        Pelajar akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan bahan rang­sangan                              yang diberikan.
            (iii)       Panjang karangan pelajar hendaklah antara 200 hingga 250 patah per­kataan.

            Bahagian B - Karangan Respons Terbuka [100 markah]
            (i)         Karangan bagi bahagian ini masih mengekalkan format lama, iaitu pelajar perlu                             menjawab satu soalan sahaja daripada beberapa soalan yang diberikan.
            (ii)        Panjang karangan pelajar hendaklah tidak kurang daripada 350 patah 
                          perkataan.
            (iii)       Karangan bahagian ini terdiri daripada lima bidang atau dimensi :

                                                (a)        Diri /Individu
                                                (b)        Keluarga
                                                (c)        Masyarakat / Negara
                                                (d)        Antarabangsa
                                                (e)        Kompenan Sastera

3.         Masa yang diperuntuk untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 2 jam 15 minit. Oleh itu, para pelajar perlu bijak membahagikan masa supaya mereka dapat menyiapkan kedua-dua buah karangan mengikut masa yang ditetapkan dan jumlah perkataan karangan yang ditulis pula biarlah sesuai dengan masa. 

PENILAIAN PEMERIKSA

1.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon dalam membina, mengumpul, memilih     dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan    dengan tajuk atau tema soalan/bahan.
2.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon melahirkan idea, pendapat, hujah,            pengalaman dan perasaan dengan berkesan.
3.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menguasai teknik mengarang pelbagai    bentuk karangan dan menggunakannya untuk  pelbagai tujuan. Di samping itu, pemeriksa juga akan menilai kebolehan calon membahagikan perenggan-perenggan mengikut susunan isi menarik.  Tanda-tanda baca juga hendaklah ditulis dengan betul.
4.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menulis dengan bahasa yang kemas,       lancar dan jelas, dengan menggunakan struktur ayat yang betul, gaya bahasa        yang menarik, terdapat ungkapan menarik serta bersesuaian pula dengan tajuk karangan.
5.         Pendek kata, pemeriksa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada       penguasaan bahasa dan penyusunan serta pengembangan  idea yang tepat, jelas dan bernas.

                                                                                                (Sumber : Modul Halus, JPN Terengganu)

KARANGAN BAHAGIAN A (SPM 2009)


SKRIP CONTOH – CEMERLANG ( 28 MARKAH)
            Badan beruniform tidak asing lagi bagi masyarakat terutamanya golongan remaja yang bergelar pelajar. Secara holistiknya, badan-badan beruniform yang ditubuhkan di sekolah mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan daripada  pelajar. Badan-badan beruniform seperti Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi bukan sahaja menarik minat golongan pelajar dengan aktiviti-aktivitinya, malah faedah-faedah menyertai badan berunuform mendorong pelajar untuk melibatkan diri dalam badan-badan beruniform
            Antara faedah menyertai badan beruniform ialah dapat meningkatkan mental dan fizikal pelajar. Seperti yang kita ketahui, badan beruniform biasanya menjalankan aktiviti yang agak lasak dan mencabar ketahanan mental dan fizikal peseanya. Hal ini sudah tentu mampu meningkatkan ketahanan bukan sahaja dari segi fizikal malah mental peserta. Sebagai contoh, Kadet Remaja Sekolah menjalankan aktiviti “Flying Fox” yang menguji fizikal dan mental. Bagi ahli kadet yang baru pertama kali menyertai aktiviti ini, aktiviti ini merupakan pengalaman baru yang mencabar mental dan fizikal mereka sekali gus meningkatkan ketahanan mental dan fizikal mereka. Oleh yang demikian, badan beruniform terbukti dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal peserta.
            Selain itu, badan beruniform juga dapat membentuk semangat kerjasama dan disiplin ahli yang jitu. Hal ini demikian, dalam badan beruniform terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi oleh ahli sama ada ketika menjalankan aktiviti mahupun hari-hari biasa. Badan beruniform amat menekankan disiplin ahli  yang tinggi dan semangat kerjasama antara ahli bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Hal ini dapat digambarkan melalui aktiviti perkhemahan yang dijalankan oleh badan beruniform seperti Persatuan Pengakap. Hal ini kerana, dalam aktiviti perkhemahan setiap ahli akan diberikan tugasan sama ada secara berkumpulan atau berpasangan. Oleh itu, setiap ahli yang berdisiplin akan menjalankan tugas dengan sempurna di samping bekerjasama dengan ahli yang lain bagi menyempurnakan tugas tersebut. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa badan beruniform mampu membentuk semangat kerjasama dan disiplin ahli yang jitu.
            Badan beruniform  juga dapat memberikan pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada ahli. Hal ini kerana, terdapat badan beruniform yang menyediakan program bagi mendedahkan ahli tentang asas bantuan kecemasan melalui teori dan praktikal. Hal ini secara tidak langsung akan menambah pengetahuan asas bantuan kecemasan kepada ahli. Sebagai contoh, ahli Persatuan  Bulan Sabit Merah dapat mengaplikasikan asas-asas bantuan kecemasan kepada atlet-atlet yang mengalami kecederaan semasa aktiviti sukan sekolah.
            Kesimpulannya, badan beruniform banyak memberikan faedah kepada ahli yang menyertainya. Oleh itu, langkah-langkah untuk menubuhkan lagi badan beruniform wajar dilaksanakan agar peluang terutamanya kepda remaja terbuka luas untuk menyertainya sekali gus dapat melahirkan remaja yang berwawasan dan mampu menjadi aset penting negara.

KARANGAN DIMENSI KELUARGA

Tulisan Asha SMK Semambu.
Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

Contoh bahagian pendahuluan:
    Mayapada budaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak di negara ini. Dari segi konsepsinya, gaya hidup sihat boleh diikhtisarkan sebagai amalan pemakanan dan gaya hidup yang perlu  diamalkan agar kita dapat hidup secara baik dan terarah. Izharnya, gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh setiap insan supaya badan mereka cergas dan otak menjadi cerdas. Menurut Datuk Dr Hj Fadzillah kamsah, gaya hidup sihat perlu dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dalam memastikan kelangsungan hidup yang sihat, berkat dan harmonis. Oleh itu, ibu bapa perlu bersinergi dalam menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan keluarga sakinah.

Perhatikan binaan ayat dalam perenggan di atas dan bandingkan dengan struktur ayat dalam TMP seperti di bawah :

Ayat 1 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada…..)
Ayat 2 Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....)
Ayat 3 Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa)
Ayat 4 Ayat contoh / tokoh(Menurut......)
Ayat 5 Ayat arah soalan(Oleh itu,....(arah soalan)