Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM


Bahagian A - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan  [30 markah]
            (i)         Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan yang terdiri daripada gambar                                 tunggal, gambar bersiri atau bahan grafik.
            (ii)        Pelajar akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan bahan rang­sangan                              yang diberikan.
            (iii)       Panjang karangan pelajar hendaklah antara 200 hingga 250 patah per­kataan.

            Bahagian B - Karangan Respons Terbuka [100 markah]
            (i)         Karangan bagi bahagian ini masih mengekalkan format lama, iaitu pelajar perlu                             menjawab satu soalan sahaja daripada beberapa soalan yang diberikan.
            (ii)        Panjang karangan pelajar hendaklah tidak kurang daripada 350 patah 
                          perkataan.
            (iii)       Karangan bahagian ini terdiri daripada lima bidang atau dimensi :

                                                (a)        Diri /Individu
                                                (b)        Keluarga
                                                (c)        Masyarakat / Negara
                                                (d)        Antarabangsa
                                                (e)        Kompenan Sastera

3.         Masa yang diperuntuk untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 2 jam 15 minit. Oleh itu, para pelajar perlu bijak membahagikan masa supaya mereka dapat menyiapkan kedua-dua buah karangan mengikut masa yang ditetapkan dan jumlah perkataan karangan yang ditulis pula biarlah sesuai dengan masa. 

PENILAIAN PEMERIKSA

1.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon dalam membina, mengumpul, memilih     dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan    dengan tajuk atau tema soalan/bahan.
2.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon melahirkan idea, pendapat, hujah,            pengalaman dan perasaan dengan berkesan.
3.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menguasai teknik mengarang pelbagai    bentuk karangan dan menggunakannya untuk  pelbagai tujuan. Di samping itu, pemeriksa juga akan menilai kebolehan calon membahagikan perenggan-perenggan mengikut susunan isi menarik.  Tanda-tanda baca juga hendaklah ditulis dengan betul.
4.         Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menulis dengan bahasa yang kemas,       lancar dan jelas, dengan menggunakan struktur ayat yang betul, gaya bahasa        yang menarik, terdapat ungkapan menarik serta bersesuaian pula dengan tajuk karangan.
5.         Pendek kata, pemeriksa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada       penguasaan bahasa dan penyusunan serta pengembangan  idea yang tepat, jelas dan bernas.

                                                                                                (Sumber : Modul Halus, JPN Terengganu)