RAMALAN (JAWAB UNTUK JAYA) 2009

BAHAGIAN B
SET 1 JUJ

1 Anda sebagai ahli sidang redaksi majalah sekolah telah mewawancara Pengetua sekolah anda tentang usaha-usaha pihak sekolah bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat.
Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.
2 “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan pemakanan seimbang.
3 Kampung anda berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat industri kraftangan yang terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan bagi menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai pusat industri kraftangan.
Tulis surat itu selengkapnya.
4 Peningkatan jenayah antarabangsa semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Sebagai warganegara yang prihatin anda terpanggil untuk menyuarakan pandangan tentang langkah-langkah yang berkesan bagi membanteras jenayah antarabangsa.
Berikan pandangan anda.
5 Peribahasa “carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga ” bermaksud perkelahian sesama keluarga itu akhirnya berbaik juga.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
SET 2 JUJ
1 Penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah bertujuan mendorong pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Jelaskan peranan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah dalam usaha membantu anda dan rakan-rakan menjadi pelajar yang cemerlang
2 Langkah –langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak

3 Tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menabung untuk masa hadapan masih rendah.

Tulis sebuah rencana tentang faedah menabung dan usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menabung untuk masa hadapan.

4 Peperangan yang berlaku di serata dunia telah mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan terhadap penduduk negara-negara yang terlibat.

Huraikan peranan masyarakat dan pertubuhan dunia dalam usaha membantu mangsa peperangan tersebut.

5 Anda telah membaca sebuah novel yang begitu menyentuh perasaan dan berhasrat menulis ulasan berkaitan novel tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

Tuliskan ulasan anda selengkapnya.

SET 3 JUJ
1 Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga di pihak ibu bapa dan masyarakat di persekitarannya.

Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas.

2 Sektor pelancongan domestik semakin berkembang dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan domestik.

Seorang kenalan anda di luar negara inginkan penjelasan tentang usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam hal ini. Balas surat rakan anda itu.

3 Pembangunan yang sistematik melalui kawalan ekosistem, pemotongan bukit, saliran dan pembetungan serta penguatkuasaan peraturan mampu mencegah kejadian bencana alam daripada berlaku.

Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

4 Negara-negara serantau perlu bekerjasama untuk menangani penularan penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.

Bincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang dapat dijalankan untuk menangani permasalahan ini.

5 Cogan kata “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” menggambarkan peri pentingnya peranan golongan muda sebagai aset kekuatan negara.

Bincangkan kepentingan golongan muda dalam merealisasikan hasrat pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

SOALAN RAMALAN (DIMENSI KELUARGA) 2009


1.“Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan budaya hidup sihat
Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan gaya hidup sihat.

2. Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bincangkan.

3. Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Keluarga Impian Saya” untuk dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya.

4. Kini, ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
 

5. Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.


6. Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian kekeluargaan. Berdasarkan kebenaran pendapat di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga.
(PMR 2009)



7. Ikatan kasih sayang antara ahli keluarga penting dalam mewujudkan keluarga yang bahagia. Ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan penting untuk mempererat hubungan kasih sayang. Jelaskan pernyataan di atas.

8. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Jelaskan peranan ibu bapa dan keluarga untuk mencapai hasrat tersebut

9. Amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat kita semakin luntur. Oleh sebab itu, anggota keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berbudi bahasa tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda dan ahli keluarga anda lakukan untuk memupuk amalan berbudi bahasa.


10. Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang seringkali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.

11. Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga selain dapat menyihatkan badan. Ulas pernyataan di atas


12. Anda bercadang untuk menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab Bahasa Melayu di sekolah anda. Tajuk syarahan tersebut ialah “Peranan keluarga atau Ibu Bapa dalam Membentuk Sahsiah Anak-anak”. Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.


13. Kebelakangan ini, media massa sering memaparkan berita mengenai kehilangan kanak-kanak. Hal ini amat membimbangkan kita semua. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.


14. Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin. Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjayakan matlamat tersebut.


15. Pembangunan modal insan merupakan satu agenda penting bagi memastikan kemajuan negara dapat dicapai sepenuhnya. Anda diminta menyampaikan satu ceramah bertajuk “Peranan Ibu Bapa untuk Melahirkan Modal Insan Berkualiti” sempena Hari Keluarga i tempat tinggal anda. Sediakan teks ceramah itu selengkapnya.


16. Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin luput. Usaha menghidupkan kembali tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga

17. Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat di Malaysia. Bincangkan


18. Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa kepada perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Malayisa pada hari ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan untuk memajukan dan memodenkan masyarakat dan negara. Huraikan rancangan-rancangan pembangunan tersebut.


19. Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius dan banyak pihak beranggapan bahawa institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Beri pendapat anda tentang penyataan di atas.



Sumber : Cikgu Ghalib

KERTAS 1 BM SPM PEPERIKSAAN PERCUBAAN MELAKA 2009

BAHAGIAN A 
Langkah-langkah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya

BAHAGIAN B

1. Program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak luar semakin mendapat tempat dalam kalangan pelajar hari ini sebagai persediaan mereka sebelum menduduki peperiksaan.
Jelaskan kebaikan-kebaikan program motivasi kepada pelajar.

2. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai.
Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini.

3. Di Malaysia, nasib golongan istimewa atau lebih dikenali sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) turut mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat yang amat prihatin terhadap golongan tersebut.
Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

4. Negara kita telah berjaya merapatkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar melalui bahasa, kebudayaan, dan sistem pendidikan yang sistematik.
Ulaskan pernyataan tersebut.

5. Persatuan Bahasa Melayu dan Kebudayaan sekolah anda telah menganjurkan satu Program Penghayatan Sastera di peringkat daerah. Pelbagai aktiviti termasuk bengkel penulisan, deklamasi sajak, dan lakonan diadakan.
Sebagai peserta, huraikan faedah-faedah yang anda peroleh sepanjang menyertai program tersebut.

Sumber : JPN Melaka

SOALAN PILIHAN SPM KERTAS 1

1. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam diri anak-anak.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa dalam memupuk amalan ini (N.Sembilan)

2. Sempena Bulan Patriotisme, Persatuan Sejarah sekolah anda telah mengadakan pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Bersejarah. Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. (N.Sembilan)

3. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur. Jelaskan tindakan yang dapat diambil oleh pelbagai pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan. (Perak)

4.Dunia remaja sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial. Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. (Johor)

KOLEKSI KOSA KATA

1. AMSAL
Maksudnya : seperti / umpama

2. HAM
Maksudnya ; daging paha babi yang dimasinkan

3. HAMBUR
Maksudnya : bertaburan merata-rata

4. HASANAH
Maksudnya: baik, cantik, elok

5. HAUL
Maksudnya : genap setahun

6. HEDONISME
Maksudnya : pegangan hidup yang mementingkan keseronokan

7. HEGEMONI
Maksudnya: Pengaruh sesebuah negara atas negara-negara lain
Contoh ayat : Pelbagai undang-undang digubal untuk melengkapkan hegemoni penjajah terhadap rakyat pribumi

8. MENGHONGGAR
Maksudnya : menggoncang, menggoyang

9. HONORARIUM
Maksudnya : sagu hati yang dibayar sebagai membalas jasa

10. HUKAMA
Maksudnya : kaum cerdik pandai(cendekiawan)

11. MENGIAKAN
Maksudnya : mengatakan ia (terhadap sesuatu)

12. IFTITAH
Maksudnya : Pembukaan, permulaan'

13. IHTIFAL
Maksudnya :perayaan, perjumpaan besar (untuk merayakan ulang tahun sekolah dll)

14. IHSANAT
Maksudnya : kebaikan, kebajikan

15. IKHTISAR
Maksudnya : ringkasan , sinopsis

16. IKTISAB
Maksudnya: untung, usaha untuk mendapatkan untung

17. ILUSIF
Maksudnya: sesuatu (idea, objek)yang bersifat khayalan

18. AKHIRUL KALAM
Maksudnya: sebagai penutup, akhirnya

TEMA RAMALAN MODUL HALUS TERENGGANU 2009

1. Faedah menyertai kegiatan kokurikulum
2.Usaha-usaha untuk memperoleh kecemerlangan akademik
3.Amalan gaya hidup sihat
4. Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak
5. Keunikan dan potensi industri pelancongan di Malaysia yang menggalakkan kemajuan industri pelancongan
6.Faktor yang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pendatang asing yang ingin mencari kehidupan baru
7.Langkah-langkah memajukan industri pelancongan
8. Kepentingan industri pelancongan

TEMA RAMALAN : KERTAS 1 SPM 2009

FOKUS: TEMA KARANGAN SPM 2009





Rakan guru dan pelajar perlu memberi perhatian terhadap tema karangan yang belum dikemukakan dalam mana-mana peperiksaan SPM antara tahun 2004 hingga 2009 (J). Antara tema tersebut ialah :

1. Pelaburan dan tabungan

Isi cadangan (cara menarik kedatangan pelabur asing) :
* mengadakan kawasan perdagangan bebas
* delegasi perdagangan ke luar negara

* mempopularkan barangan buatan malaysia
* kerajaan memberi potongan cukai kepada pelabur

Cadangan peribahasa :
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
alah bisa tegal biasa
hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
 

2. Perpaduan antara kaum di Malaysia 
Isi cadangan(peranan keluarga untuk menyemai semangat perpaduan) :
* Ibu bapa sebagai suri teladan

* Ibu bapa mengajak anak-anak berkunjung ke rumah terbuka jiran pelbagai kaum
* Ibu bapa menggalakkan anak-anak menonton filem/drama bertema perpaduan antara kaum

Cadangan peribahasa/cogan kata:



bersatu teguh bercerai roboh
anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya
bagai aur dengan tebing
 
3. Isu alam sekitar di Malaysia- hakisan tanah, penebangan hutan secara tidak terkawal

4. Isu kemelesetan ekonomi dunia - masalah pengangguran  diatasi dengan cara bekerja sendiri/ berniaga.

5. Memulihara warisan bangsa - bangunan bersejarah,permainan tradisional

6. Kepentingan mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan sebagainya - persaingan di pasaran pekerjaan.

7. Sistem pengangkutan - kelemahan pengangkutan awam, kepentingan pengangkutan moden, keperluan lebuh raya.

8. Amalan membaca - kepentingan, cara-cara menggalakkan

9. Kesan alat komunikasi - telefon bimbit, internet

10. Pemanasan global- kerjasama antarabangsa untuk mengatasi masalah tersebut.


Diubah suai daripada:http://galusbm1.blogspot.com