PANDUAN PENGGUNAAN BUKU TMP



JAWAPAN MUKA SURAT 12,13,14 & 16

3.2 MENGESAN TUGASAN SOALAN

A. MENGENAL TEMA DAN ARAH SOALAN
Soalan 1 :
Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.

Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.

TEMA    
Menghargai kasih sayang guru
ARAH    
Cara-cara [saya menghargai]
Aspek Kbat
Menjelaskan bagaimana budaya kemesraan dan sayang menyayangi 
Soalan 2
Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak.

Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan amalan membaca
menjadi budaya dalam keluarga mereka.

TEMA    
Amalan membaca
ARAH    
Usaha-usaha
Aspek Kbat
i.Menjelaskan bagaimana ibu bapa boleh menjadi pendorong
ii. Menjelaskan bentuk budaya membaca dalam keluarga

Soalan 3
Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia menjadi idaman setiap remaja.

Jelaskan ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.



TEMA    
Pusat pengajian tinggi idaman
ARAH    
Ciri-ciri
Aspek Kbat
i.  Menjelaskan secara terperinci konsep idaman
ii. Menjelaskan mengapa menjadi idaman






Soalan 4
Peninggalan sejarah dan warisan budaya merupakan aset yang mesti dipertahankan dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan dan tatapan generasi akan datang.

Sarankan langkah-langkah memulihara  peninggalan sejarah negara.

TEMA    
Peninggalan sejarah negara
ARAH    
Langkah-langlah memulihara
Aspek Kbat
i. Menjelaskan bagaimana peninggalan sejarah dapat dijadikan rujukan dan tatapan generasi akan dating

Soalan 5
Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dalam membina keluarga bahagia.

Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

TEMA    
Keluarga bahagia
ARAH    
Peranan ahli keluarga
Aspek Kbat
i.    Memperinci siapa ahli keluarga
ii. Menjelaskan bagaimana dapat direalisasi melalui usaha/ peranan
iii. Jelaskan konsep keluarga bahagia
Soalan 6
Remaja kini berdepan dengan tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan  ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai.

Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan.



TEMA    
Menangani tekanan
ARAH    
Usaha-usaha[ saya]
Aspek Kbat
i.  Menjelaskan tekanan yang dihadapi
ii. Menjelaskan tindakan yang tidak sesuai yang diambil oleh pelajar
iii. Menjelaskan keinginan ibu bapa dan guru




Soalan 7
Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

FORMAT    
Rencana

TEMA    
Industri pelancongan
ARAH    
Peranan pelbagai pihak memajukan pelancongan Negara
Aspek Kbat
i. Menjelaskan sumbangan industi pelancongan
- sumber pendapatan rakyat/ Negara
- peluang pekerjaan
ii. Bagaimana peranan tadi dapat menyumbang kemajuan pelancongan
Soalan 8

Amalan berjimat cermat perlu disuburkan  dalam kalangan masyarakat  untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa ini.

Tulis sebuah rencana tentang peranan pelbagai pihak  untuk  mewujudkan amalan berjimat cermat.
FORMAT    
Rencana

TEMA    
Amalan berjimat cermat
ARAH    
Peranan pelbagai pihak
Aspek Kbat
i. Menjelaskan bentuk amalan jimat cermat
ii. Jelaskan bentuk krisis ekonomi
-       Perbelanjaan meningkat
-       Harga barangan tinggi
-       Tambang pengangkutan awam meningkat