contoh pendahuluan, isi dan kesimpulan cemerlang



CONTOH PENDAHULUAN CEMERLANG TEMA AMALAN MEMBACA

          Dalam meranduk gelombang modenisasi pada abad ke 21 kini , dunia menyaksikan iktisad negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut seiringan dengan blok kapitalis lain. Namun dasawarsa ini, isu membaca kerap menjadi bualan dalam kalangan mujtamak Malaysia.Dari segi konsepnya, membaca dimanifestasikan sebagai aktiviti mencerna ilmu pengetahuan melalui bacaan buku, majalah atau melayari laman sesawang. Hal ini bertepatan dengan cogan kata, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Persoalan yang sering bermain dalam lensa pemikiran kita ialah mengapakah kita perlu membudayakan amalan membaca dalam negara yang berwajahkan 3 kaum utama ini? Oleh itu, janganlah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam merealisikan hasrat murni ini. Janganlah sesekali kita mencelakakan buku dalam kehidupan kerana buku merupakan kalam suci. Secara implisitnya, kita boleh menajamkan pemikiran dan mengasah minda dengan membaca buku dalam pelbagai bidang ilmu. Menyedari hakikat ini, ibu bapa perlu menyedari akan kemaslahatan buku dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak mereka pada masa akan datang. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkannya. Hal ini bermakna, terserah kepada ibu bapa untuk mencorakkan jiwa anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan atau gejala hiburan yang berlebih-lebihan. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan aktif dan menjadi imam untuk memupuk budaya membaca dalam sesebuah keluarga.




CONTOH BAHAGIAN ISI TEMA AMALAN MEMBACA

          Memetik wasitah nirmala yang prima,alpukah yang harus dilakukan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca ialah membawa anak-anak ke pesta buku. Hal ini demikian kerana, anak-anak akan berasa seronok dan mencintai kalam suci. Tamsilnya, ibu bapa boleh menghadiahkan buku kepada anak-anak semasa mengunjungi pesta buku. Ibu bapa mampu mentarbiah jiwa anak-anak mereka dan anak-anak mereka pasti bermotivasi untuk terus membaca buku melalui suntikan hadiah yang diberikan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa yang menghadiahkan buku kepada anak-anak mereka dianalogikan seperti rama-rama yang menghimpunkan debunga. Madah tersusun indah ada menyatakan , melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam konteks ini, ibu bapa menjadi mursyid dalam rumah tangga sekali gus menyingkap jendela minda anak-anak mereka agar terus menuntut ilmu. Hadis Rasulullah s.a.w ada menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.  Hal ini bermakna, pesta buku yang dikunjungi memurnikan budaya keilmuan dalam diri remaja kerana pesta buku sarat dengan ilmu pengetahuan.  Namun ibu bapa tidak boleh berkunjung ke pesta buku dengan niat yang tidak ikhlas dan melakukan gimik semata-mata. Merungkai kata-kata ahli filosof Barat Mark Twain , orang yang malas membaca mengheret dirinya ke lembah kegelapan. Oleh itu, berkunjung ke pesta buku merupakan minhaj terbaik untuk membudayakan  amalan membaca dalam keluarga di Malaysia.







KESIMPULAN

          Sebagai pengitlakan, amalan membaca dalam kalangan generasi muda kerap menjadi polemik dalam kalangan mujtamak di Malaysia. Semoga amalan membaca dapat menjadi budaya yang disuburbiakkan hingga ke peringkat akar umbi. Sememangnya agak sukar untuk menyedarkan golongan muda di negara ini akan kepentingan membaca. Sekiranya amalan membaca menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia maka kita mampu menjadi masyarakat berminda kelas pertama. Lantaran itu, peribahasa hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih perlu kita pegang dalam memperkasakan amalan membaca. Dalam konteks ini, kita perlu menjadi seeperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam merealisasikan gaya hidup membaca dalam kalangan jemaah Malaysia. Oleh itu, amalan membaca mampu menjadikan kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara atas angin yang lain.Dari perspektif lahiriah, pencapaian Wawasan  2020 dan gagasan 1Malaysia yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak akan terlaksana apabila generasi muda kita menjadikan membaca sebagai amalan harian mereka.