BAHAGIAN B
SET 1 JUJ 1 Anda sebagai ahli sidang redaksi majalah sekolah telah mewawancara Pengetua sekolah anda tentang usaha-usaha pihak sekolah bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat.
Tuliskan wawancara anda itu selengkapnya.
2 “Otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat”. Oleh itu, generasi kini perlu dididik untuk mengamalkan amalan pemakanan seimbang.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mengamalkan amalan pemakanan seimbang.
3 Kampung anda berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat industri kraftangan yang terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan bagi menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai pusat industri kraftangan.
Tulis surat itu selengkapnya.
4 Peningkatan jenayah antarabangsa semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Sebagai warganegara yang prihatin anda terpanggil untuk menyuarakan pandangan tentang langkah-langkah yang berkesan bagi membanteras jenayah antarabangsa.
Berikan pandangan anda.
5 Peribahasa “carik-carik bulu ayam , lama-lama bercantum juga ” bermaksud perkelahian sesama keluarga itu akhirnya berbaik juga.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
SET 2 JUJ
1 Penubuhan unit bimbingan dan kaunseling di setiap sekolah bertujuan mendorong pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Jelaskan peranan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah dalam usaha membantu anda dan rakan-rakan menjadi pelajar yang cemerlang
2 Langkah –langkah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak
3 Tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menabung untuk masa hadapan masih rendah.
Tulis sebuah rencana tentang faedah menabung dan usaha-usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menabung untuk masa hadapan.
4 Peperangan yang berlaku di serata dunia telah mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan terhadap penduduk negara-negara yang terlibat.
Huraikan peranan masyarakat dan pertubuhan dunia dalam usaha membantu mangsa peperangan tersebut.
5 Anda telah membaca sebuah novel yang begitu menyentuh perasaan dan berhasrat menulis ulasan berkaitan novel tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Tuliskan ulasan anda selengkapnya.
SET 3 JUJ
1 Kejayaan dan kecemerlangan anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga di pihak ibu bapa dan masyarakat di persekitarannya.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas.
2 Sektor pelancongan domestik semakin berkembang dan telah memberikan sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan domestik.
Seorang kenalan anda di luar negara inginkan penjelasan tentang usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam hal ini. Balas surat rakan anda itu.
3 Pembangunan yang sistematik melalui kawalan ekosistem, pemotongan bukit, saliran dan pembetungan serta penguatkuasaan peraturan mampu mencegah kejadian bencana alam daripada berlaku.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
4 Negara-negara serantau perlu bekerjasama untuk menangani penularan penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.
Bincangkan bentuk-bentuk kerjasama yang dapat dijalankan untuk menangani permasalahan ini.
5 Cogan kata “ pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara” menggambarkan peri pentingnya peranan golongan muda sebagai aset kekuatan negara.
Bincangkan kepentingan golongan muda dalam merealisasikan hasrat pemimpin negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.