Amalan menabung sejak kecil merupakan amalan bijak selaras dengan peribahasa sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Huraikan faedah-faedah yang akan dinikmati daripada amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tema soalan : Amalan menabung
Arah soalan : Faedah
"Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain". Demikianlah ungkapan pepatah yang menunjukkan bahawa kesenangan dan kekayaan tidak akan diperoleh dengan mudah. Dari segi konsepsinya, menabung dapat ditakrifkan sebagai menyimpan sedikit daripada hasil pendapatan untuk digunakan di kemudian hari.Hal ini juga boleh diibaratkan seperti yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang. Hal ini demikian, untuk memperoleh kemewahan dan kesenangan hendaklah dimulakan dengan cara berjimat-cermat dan berdikit-dikit. Sesuai dengan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada hari ini, amalan menabung perlu diamalkan oleh masyarakat untuk melatih diri agar berjimat-cermat. Justeru banyak faedah yang boleh diperoleh jika kita mengamalkan amalan menabung.