Soalan Percubaan Kedah:
Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid.
Jelaskan cara-cara anda menghargai kasih sayang guru.
TEMA : Menghargai
kasih sayang guru
ARAH : Cara
Dalam
mendepani era milennium pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad negara
yang semakin pesat membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ekonomi negara
yang semakin maju ibrata tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara
maju lain. Namun, dasawarsa ini generasi muda kurang menghormati guru
sungguhpun golongan guru ibarat lilin yang yang sanggup membakar diri. Suffian Astauri
ada menyatakan, menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat. Hal ini kerana
, menuntut ilmu merupakan bekalan pahala kita di akhirat nanti. Surah
Al-Baqarah ada menjelaskan, boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu perkara
sedangkan perkara tersebut baik untukmu, boleh jadi kamu menyukai sesuatu
perkara sedangkan perkara tersebut tidak baik untukmu. Hatta, tanpa guru tidak
lahir golongan cerdik pandai yang mampu memimpin negara ke arah kecemerlangan.
Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang
antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu,
murid akan lebih menghargai setiap ilmu
yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi uslub dan minhaj
boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru sentiasa
menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi permata
yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh
khazanah.
Sudah
terang lagi bersuluh, prakarsa yang afdal untuk menghargai kasih sayang guru
adalah menghormatinya. Tamsilnya, kita mestilah memberi salam dan mengikuti
arahan guru pada setiap masa. Hal ini kerana, guru ialah orang yang mencurahkan
ilmu dan mengajar kita erti kehidupan tanpa mengenal jemu. Natijahnya, kita
akan menjadi orang yang berpengetahuan luas dan bersedia menghadapi krisis
kehidupan pada masa akan datang. Murid yang menghormati guru boleh dianalogikan
seperti semut merah yang menghormati dan melindungi permaisurinya. Menurut
Whittier, apabila kepercayaan terhadap guru hilang, maka matilah orang itu.
Surah An Nahl ayat 125 ada menyatakan, serulah ke jalan Tuhan-Mu wahai Muhammad
dengan hikmah dan pengajaran yang baik serta berbahaslah dengan cara yang
terbaik. Hal ini bermakna, guru merupakan orang yang sepatutnya kita letakkan
di tempat yang tinggi kerana agama Islam sendiri meletakkan guru sebagai insan
selepas ibu dan bapa. Sekiranya pelajar di Malaysia menghormati guru-guru
mereka , maka wujudlah suasana sekolah yang kondusif dan harmonis. Oleh itu,
marilah kita menghormati guru yang mengajar kita supaya kita menjadi pelajar
yang cemerlang dan berakhlak mulia.
Peribahasa
Melayu ada menyatakan, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
Oleh itu, sebagai murid, kita seharusnya bersyukur dan sentiasa mendoakan
kebahagiaan guru yang telah mendidik kita tanpa jemu. Tambahan pula, mereka
sanggup bersengkang mata menanda kertas peperiksaan dan mengadakan kelas
tambahan semata-mata mahu melihat kejayaan anak didiknya. Jika kita sentiasa
mendoakan kebahagiaan guru-guru kita, ilmu yang kita pelajari akan kekal dan
diberkati oleh Allah s.w.t. Imam Abu Hanifah pernah menyatakan, “tidak
sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan mereka yang
pernah mengajarku.” Hal ini kerana, sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa
berpegang teguh pada ajaran Islam dan
mentaati serta mendoakan guru-guru kita agar kita dapat belajar dengan tenang
dan selesa.
Sebagai
remaja yang lagi lebai lagi berjanggut, kita semestinya membantu guru tatkala
mereka inginkan pertolongan kita.Hal ini kerana, guru merupakan golongan yang
perlu dihormati oleh individu bergelar pelajar. Natijahnya, keberkatan ilmu akan diperoleh jika menyenangkan hati guru
mereka tanpa menggores perasaan mereka. Seyogia, setiap pelajar harus ringan
tulang membantu guru-guru mereka. Hal ini bertepatan dengan aforisme, habis
kapak berganti beliung. Tanpa sikap ringan tulang, pasti pelajar akan mengalami
kesukaran untuk berjaya kelak. Menurut Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah, pelajar
yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa datang awal ke sekolah membantu guru
sesuai dengan peribahasa hanyut dipintasi, lulus diselami dan hilang dicari.
Sementelahan, jasa guru terhadap pelajar tidak ternilai dengan harta dan wang
ringgit. Sekiranya setiap pelajar berusaha sedaya upaya menbatu guru seperti
membawa buku guru dan menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan, segala
ilmu akan beroleh keberkatan.
Peribahasa
seperti pahat dengan penukul menggambarkan sikap liat dan berat hati dalam
melakukan tugasan. Oleh itu , pelajar perlu mengubah sikap dan sentiasa
bertindak pantas dalam membuat sebarang tugasan yang diarahkan oleh guru.
Menurut Surah Ar Ra’d, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan
kaum tersebut yang mengubahnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pelajar perlu
memiliki wawasan dan visi yang jelas di sekolah. Sikap malas harus dibuang sama
sekali dan sikap rendah diri dalam menyiapkan sebarang tugasan yang diberikan oleh
guru perlu wujud dalam diri pelajar. Seperkara yang penting ialah, setiap
tugasan merupakan amanah yang diberikan oleh guru kepada murid. Manakala
sebagai murid, kita perlu berusaha sedaya upaya menyiapkan tugasan yang terbaik
untuk diserahkan kepada guru. Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam
menyiapkan tugasan serta memahami tanggunjawab diri, maka elemen kasih sayang
antara guru dan murid semakin terpaut erat.
Sebagai pengitlakan,
guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak
berkorban masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya. Albert Einstein
sendiri pernah menyatakan, ilmu tanpa agama ialah buta. Hal ini membuktikan
kepada kita bahawa, pelajar yang berilmu dan berpengetahuan dalam semua bidang
terhasil daripada komitmen dan kerja keras golongan guru. Sebagai murid, kita
perlu menjadi seperti burung jentayu yang patah sayap bertongkatkan paruh,
patah paruh bertongkatkan dagu, patah dagu bertongkatkan kuku dalam
memartabatkan guru-guru kita. Sekiranya semua pelajar menghargai jasa dan
pengorbanan guru, maka ilmu yang dipelajari diberkati dan seterusnya menjana
modal insan kelas pertama.
Jika hari ini seorang ulama yang
mulia ,
Jika hari ini seorang peguam
menang bicara ,
Jika
hari ini seorang perdana menteri berkuasa ,
Semuanya
bermula dengan guru biasa ,
Yang
mengajar tulis baca.