Masyarakat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang mampu merubah masa depan rakyat Malaysia. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.
Dasawarsa ini, isu masyarakat Malaysia yang dikatakan antara masyarakat yang malas membaca menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepsinya, membaca dapat ditakrifkan sebagai amalam mulia yang dapat mencambah biak ilmu pengetahuan. Melalui amalan membaca kita dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada di dalam ataupun di luar negara. Biasanya, golongan pelajar perlu lebih kerap membaca kerana mereka berada dalam lingkungan dunia pendidikan. Amalan membaca bertepatan dengan cogan kata, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Oleh itu, terdapat banyak prakarsa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.
Prakarsa perdana yang boleh diimplementasikan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca ialah membeli bahan bacaan secara berkala. Hal ini kerana, anak-anak akan sentiasa membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta menjadi insan berguna pada masa hadapan. Justeru, ibu bapa perlu memperuntukkan wang sebanyak RM50 sebulan bagi membeli bahan bacaan. Biasanya , ibu bapa yang prihatin dan mementingkan masa depan anak-anak akan membeli banyak bahan bacaan khusus untuk anak-anak. Implikasinya, anak-anak yang didedahkan dengan bahan bacaan meluas dapat berfikir secara rasional dalam semua bidang bagi memenuhi tuntutan membangunkan negara ke persada antarabangsa. Anak-anak yang didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil bertepatan dengan peribahasa, belakang parang jika diasah lagikan tajam.Ibu bapa yang sentiasa membelikan bahan bacaan setiap bulan boleh dianalogikan seperti pelukis handal yang mencorakkan dinding yang buruk. Menurut Datuk Dr Haji fadzillah kamsah, ibu bapa merupakan pencorak budaya membaca dalam jiwa anak-anak. Sekiranya, semua ibu bapa di negara kita mengamalkan sikap tidak buruk siku dalam membelikan bahan bacaan untuk anak-anak maka generasi yang lahir nanti dapat bersaing dan duduk sama rendah dengan generasi maju di negara Barat.
Sementelahan pula, prakarsa afdal yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca di rumah adalah dengan menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah. Dalam konteks ini, Mengapa perlunya perpustakaan mini di rumah?Hal ini demikian, kerana apabila ada perpustakaan mini di rumah, anak-anak tidak akan membuang masa menyertai aktiviti yang tidak sihat di luar rumah. Justeru, ibu bapa haruslah mencari suatu ruang kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan bahan bacaan supaya anak-anak berasa selesa sewaktu membaca. Biasanya ibu bapa yang berkemampuan serta memiliki rumah yang besar mampu menyediakan perpustakaan mini di rumah. Natijahnya, anak-anak yang memiliki budaya membaca dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, sambil meyelam minum air. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi,perpustakaan mini di rumah memudahkan pemantauan selamat sekali gus mengurangkan gejala sosial di negara kita. Sekiranya ibu bapa berjaya menwujudkan perpustakaan mini di rumah nescaya anak mereka akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Akhirul kalam, masyarakat Malaysia dikatakan antara masyarakat yang malas membaca. Semoga amalan membaca dapat dapat diteruskan sepanjang masa. Oleh itu , kita perlu bersinergi bersama-sama dengan ibu bapa, pihak swasta dan kerajaan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Sekiranya amalan membaca berjaya dipupuk sejak peringkat akar umbi oleh ibu bapa, maka bangsa Malaysia akan menjadi lebih cemerlang serta mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia.
[Shafiq Hazizie 5 Etika, SMK BR]