Soalan : Wajib lulus mata pelajaran Sejarah mampu meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Bahaskan.
Dasawarsa ini, isu semangat patriotik yang semakin luntur dalam atma rohani generasi akar umbi kerap menjadi perbincangan dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepnya, semangat patriotik boleh didefinisikan sebagai semangat cinta akan tanah air dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan negara tercinta. Biasanya, golongan remaja yang tidak menyedari kepentingan sejarah silam tidak memiliki semangat patriotik. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Dr Mahathir, tiada bangsa di dunia yang tidak mencintai tanah airnya sendiri. Natijahnya, negara akan menjadi mundur, masa depan negara kabur jika generasi pelapis luntur semangat patriotiknya. Oleh itu , langkah kerajaan yang akan mewajibkan pelajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) lulus mata pelajaran sejarah merupakan langkah yang pragmatik untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia.
Antara sebab kerajaan mewajibkan pelajar lulus mata pelajaran Sejarah adalah kerana sifat menyeluruh isi kandungan mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana peristiwa dan tarikh yang tercatat dalam sejarah tidak boleh dipesongkan kerana faktanya tepat dan tidak terseleweng. Justeru, peristiwa 31 Ogos 1957 dan 13 Mei 1963 wajar dijadikan iktibar agar generasi muda lebih menghargai dan menyedari kepentingan sejarah silam. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Menurut Datuk Dr Haji fadzillah Kamsah, manusia tanpa sejarah, melakukan kesalahan yang sama berulang kali.Sekiranya, mata pelajaran Sejarah bersifat menyeluruh dipelajari dan dihayati oleh generasi pelajar , maka pastinya semangat patriotik akan lebih membara dalam jiwa mereka.
Selain itu, tiada cara lain yang lebih berkesan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam diri pelajar selain daripada mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana, mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik tidak membantu secara langsung pemupukan semangat patriotik.Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia mendapati,mata pelajaran Sejarah memberikan pendedahan kepada golongan pelajar untuk memahami dan menghayati perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.Hal ini bertepatan dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Menurut Abraham Lincoln, semangat patriotik merupakan asas pembentukan sebuah negara bangsa. Sekiranya, segenap lapisan marhaen di Malaysia menghayati sejarah negara, maka Malaysia akan menjadi sebuah negara maju, aman dan damai.
Dalam pada itu, semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja hari demi hari menyebabkan mata pelajaran Sejarah perlu diwajibkan untuk lulus. Hal ini demikian kerana terdapat banyak insiden tidak bermoral seperti menjadikan Jalur Gemilang sebagai kain basahan dan sikap kurang ajar Namawee yang menukar lirik lagu Negaraku ke Negarakuku. Justeru, mata pelajaran Sejarah perlu disuntik secara paksa dan lebih mendalam dengan cara wajib lulus. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, cegah sebelum parah. Sekiranya pelajar sedar dan percaya akan kepentingan wajib lulus mata pelajaran Sejarah, maka pastinya hasrat mahu melihat generasi muda lebih bersemangat patriotik akan tercapai.
Akhir kalam, isu semangat patriotik yang semakin luntur kerap menjadi polemik dalam kalangan rakyat Malaysia. Sememangnya, semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia kini berada pada tahap yang rendah dan tidak boleh dibanggakan. Semoga,api semangat patriotik terus berkobar-kobar dan bernyala dalam diri setiap insan.Oleh itu kita perlu bersinergi supaya semangat patriotik dalam kalangan marhaen lebih baik. Sekiranya, semangat patriotik kita tinggi, maka negara kita menjadi lebih utuh dan kukuh seperti negara-negara atas angin.
[Nor Ainaa Binti M.Azam, 5 Bestari SMKBR]