Tema : Membaca

Masyarakat Malaysia perlu menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang mampu merubah masa depan rakyat Malaysia. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.

Dasawarsa ini, isu masyarakat Malaysia yang dikatakan antara masyarakat yang malas membaca menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Dari segi konsepsinya, membaca dapat ditakrifkan sebagai  amalam mulia yang dapat mencambah biak ilmu pengetahuan. Melalui amalan membaca kita dapat mengetahui isu-isu semasa sama ada di dalam ataupun di luar negara. Biasanya, golongan pelajar perlu lebih kerap membaca kerana mereka berada dalam lingkungan dunia pendidikan. Amalan membaca bertepatan dengan cogan kata, Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya. Oleh itu, terdapat banyak prakarsa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.

Prakarsa perdana yang boleh diimplementasikan oleh ibu bapa dalam memupuk amalan membaca ialah membeli bahan bacaan secara berkala. Hal ini kerana, anak-anak akan sentiasa membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan serta menjadi insan berguna pada masa hadapan. Justeru, ibu bapa perlu memperuntukkan wang sebanyak RM50 sebulan bagi membeli bahan bacaan. Biasanya , ibu bapa yang prihatin dan mementingkan masa depan anak-anak akan membeli banyak bahan bacaan khusus untuk anak-anak. Implikasinya, anak-anak yang didedahkan dengan bahan bacaan meluas dapat berfikir secara rasional dalam semua bidang bagi memenuhi tuntutan membangunkan negara ke persada antarabangsa. Anak-anak yang didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil bertepatan dengan peribahasa, belakang parang jika diasah lagikan tajam.Ibu bapa yang sentiasa membelikan bahan bacaan setiap bulan boleh dianalogikan seperti pelukis handal yang mencorakkan dinding yang buruk. Menurut Datuk Dr Haji fadzillah kamsah, ibu bapa merupakan pencorak budaya membaca dalam jiwa anak-anak. Sekiranya, semua ibu bapa di negara kita mengamalkan sikap tidak buruk siku dalam membelikan bahan bacaan untuk anak-anak maka generasi yang lahir  nanti dapat bersaing dan duduk sama rendah dengan generasi maju di negara Barat.

Sementelahan pula, prakarsa afdal yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk amalan membaca di rumah adalah dengan menyediakan suatu ruangan sebagai perpustakaan mini di rumah. Dalam konteks ini, Mengapa perlunya perpustakaan mini di rumah?Hal ini demikian, kerana apabila  ada perpustakaan mini  di rumah, anak-anak tidak akan  membuang masa menyertai aktiviti yang tidak sihat di luar rumah. Justeru, ibu bapa haruslah mencari suatu ruang kecil atau pun bilik kecil di rumah bagi menempatkan bahan bacaan supaya anak-anak berasa selesa sewaktu membaca. Biasanya ibu bapa yang berkemampuan serta memiliki rumah yang besar mampu menyediakan perpustakaan mini di rumah. Natijahnya, anak-anak yang memiliki budaya membaca dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, sambil meyelam minum air. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi,perpustakaan mini di rumah memudahkan pemantauan selamat sekali gus mengurangkan gejala sosial di negara kita. Sekiranya ibu bapa berjaya menwujudkan perpustakaan mini di rumah nescaya anak mereka akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.

Akhirul kalam, masyarakat Malaysia dikatakan antara masyarakat yang malas membaca. Semoga amalan membaca dapat dapat diteruskan sepanjang masa. Oleh itu , kita perlu bersinergi bersama-sama dengan ibu bapa, pihak swasta dan kerajaan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Sekiranya amalan membaca berjaya dipupuk  sejak peringkat akar umbi oleh ibu bapa, maka bangsa Malaysia akan menjadi lebih cemerlang serta mampu bersaing dengan negara-negara maju di dunia.

[Shafiq Hazizie 5 Etika, SMK BR]

Tema:Menabung

Pada era globalisasi,isu menabung kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia.Dari segi konsepsinya,menabung boleh ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang ke dalam tabung untuk diguna pakai pada masa hadapan.Biasanya, kanak-kanak menabung seawal usia 5 tahun.Amalan menabung bertepatan dengan peribahasa,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Oleh itu, terdapat banyak kebaikan yang dapat saya peroleh hasil daripada amalan menabung.

Antara kebaikan menabung ialah dapat menggunakan wang untuk menyambung pelajaran.Hal ini demikian, dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa.Justeru, kita mestilah menabung dalam jumlah yang konsisten setiap bulan. Natijahnya, ibu bapa kita tidak perlu bergolok bergadai untuk membiayai kos pelajaran anak-anak.Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sekiranya ibu bapa memikirkan kemaslahatan masa depan anak-anak dengan menabung sejak awal lagi maka pastinya masa depan anak-anak akan cerah.

Selain itu, kemaslahatan menabung ialah wang yang disimpan dapat digunakan pada waktu kecemasan. Hal ini demikian kerana, wang tersebut dapat digunakan untuk membayar hutang dan membayar kos perubatan luar jangka. Justeru, kita mestilah menabung agar memudahkan kita di kemudian hari. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, sediakan payung sebelum hujan. Sekiranya kita bersedia menghadapi saat-saat kecemasan sejak awal lagi maka, kita tidak akan mengalami kesusahan.

Seyogia, faedah amalan menabung yang seterusnya ialah dapat membeli barangan mewah yang dihajati. Dalam konteks ini, barangan mewah dan berkualiti mampu kita miliki hasil amalan menabung. Biasanya, barangan mewah diimpikan oleh golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan rendah. . Natijahnya, mereka tidak perlu berhutang walaupun memiliki barangan eksklusif dan mewah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, hendak seribu daya  , tak hendak seribu dalih. Sekiranya semua pelajar mengamalkan amalan menabung sejak kecil lagi maka, mereka dapat membeli pelbagai barangan tanpa menyusahkan kedua-dua ibu bapa mereka.


Akhir kalam, isu menabung yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat perlu diberikan perhatian oleh golongan pelajar. Semoga, amalan menabung dapat disubur biak dari peringkat akar umbi lagi. Sememangnya amalan menabung memberikan pelbagai kemaslahatan kepada umat manusia. Oleh itu, kita perlu bersinergi untuk memastikan amalan menabung dapat menjadi amalan masyarakat Malaysia. Ingatlah bahawa sesungguhnya peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian akan memayungi hidup golongan yang suka menabung.
[ karangan nukilan pelajar Tingkatan 3 Terampil dan 5 Etika SMK BR]

TEMA PILIHAN CIKGU NAZIR ( BM KERTAS 1 SPM 2011)


BIL
TEMA
ARAH SOALAN
1
GEJALA BULI
Punca / langkah
2
RANCANGAN REALITI
Langkah / Kesan
3
SEMANGAT  KEJIRANAN
Langkah / Kesan
4
TELEFON BIMBIT
Kesan kepada pelajar
5
ISU PEKERJA ASING
Langkah
6
ISU LUMBA HARAM
Langkah
7
BANGUNAN BERSEJARAH
Kepentingan
8
PELANCONGAN
Kepentingan / Langkah
9
 KOMSAS
Ulasan drama
10
PERPADUAN
Langkah / Kesan
11
AMALAN MEMBACA
Langkah
12
ALAM KERJAYA
Persediaan pelajar

PENDAHULUAN : TEMA KESESAKAN JALAN RAYA

BAHAGIAN PENDAHULUAN

TEMA    : KESESAKAN JALAN RAYA
ARAH    : CARA MENGATASI

            Dasawarsa ini, kesesakan jalan raya menjadi isu yang kerap meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan masyarakat marhaen di negara ini. Dari segi konsepnya, kesesakan jalan raya boleh diikhtisarkan sebagai halangan sebagai akibat banyaknya kenderaan di jalan raya. Hal ini berlaku kerana, masyarakat yang terlalu rakus dan enggan mengamalkan sikap bekerjasama sementelahan tidak bertoleransi semasa memandu. Natijahnya, kesesakan jalan raya  menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya yang memburukkan lagi imej negara. Oleh itu minhaj yang efektif  perlu dirangka bagi mengatasi masalah ini harus dititikberatkan demi menjelmakan transformasi terhadap imej negara.

(Oleh: Havinesh, SMK Semambu, Kuantan)

LATIHAN KOSA KATA MENARIK

TEMA : KEJAYAAN MURID DALAM PELAJARAN

CONTOH BAHAGIAN PENDAHULUAN

TEMA : KEJAYAAN MURID DALAM PELAJARAN
ARAH : FAKTOR 

          Dasawarsa ini, isu kejayaan murid dalam pelajaran sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat marhaen di negara kita. Dari segi konsepsinya, pelajaran boleh ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang harus dimiliki oleh pelajar untuk melayakkan diri mereka ke menara gading. Hal ini demikian kerana, kejayaan merupakan satu pencapaian yang boleh mereformasikan seluruh kehidupan mereka. Natijahnya, pencapaian dalam pelajaran boleh mengangkasakan martabat keluarga dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Menurut William Shakespear, kejayaan dicapai oleh murid setelah mereka berusaha dengan gigih. Oleh itu, faktor-faktor kejayaan murid dalam pelajaran seyogia dititikberatkan oleh masyarakat untuk melahirkan generasi muda yang pintar pada peringkat jagatraya.
(Oleh : Wafa, SMK Beserah, Kuantan)

TEMA RAMALAN JUJ 2011


TEMA RAMALAN 2011:

            1. GEJALA BULI
            2. RANCANGAN REALITI
            3. SEMANGAT KEJIRANAN
            4. TABUNGAN KELUARGA
            5. TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
            6. ISU PENGANGKUTAN AWAM
            7. ISU PEKERJA ASING
            8. ISU LUMBA HARAM
            9. BANGUNAN BERSEJARAH
          10. ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN
                KESIHATAN)
          11. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
          12. MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA
          13. ULASAN DRAMA KOMSAS
          14. PERPADUAN / SATU MALAYSIA
          15. JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA
          16. PEMERDAGANGAN ORANG
          17. POLISI SEKOLAH SELAMAT
          18. AMALAN MEMBACA
          19. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA
          20. ISU BAHASA- DASAR MBMMBI
          21. MALAYSIA SEBAGAI HAB HALAL